Thursday, September 8, 2011

KENAPA AKU LETIH BEKERJA.....

Berjam2 aku mengadap komputer harini..mata naik layu...Tiba2 jer arinie rs nk check email aku yg dh jarang aku nk tgk...email opis jer lah yg rajin aku bukak...biler dh log in, tuuuu diaaa......!! 39,257 post dlm inbox email aku blm baca...adeiii...3 hari 3 mlm pn blm tentu abis...Ahakkss..giler..!! byk notis dari fb akaun..maner yg sempat delete aku delete jer...maner yg x sempat tue...nnti2 ler...tp ader satu post member aku kat forum yg menarik perhatian aku...kena plak dgn keadaan aku yg cam penat nie...Tajuk dier KENAPA AKU LETIH BEKERJA...jom, aku nk share post kat bwh nie dgn korang semua, mungkin korang pn dpt jwpn kenapa korang sll letih kerja...enjoy..!!

KENAPA AKU LETIH BEKERJA.....

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :
Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.

1.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, Universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll.
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...

Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main
internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat
kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia
nie...

Mana aku tak letih!!

Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2 Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak