Monday, September 12, 2011

Pukat Edisi V32 Melaka...

Pada 09/09/2011 Alhamdulillah,aku dan rakan2 dpt juga memukat, bertemu dan beramah mesra bersama dgn Konvoi Lawatan Muhibbah ASTRA Pusat ke Negeri Melaka yg diketuai oleh Presiden ASTRA, Y.Bhg Dato' Bahari Bin Taib (9W2 DBT) di pintu gerbang sebelum tiba di tol Ayer Keroh...perancangan last minit diadakan utk bertemu dgn semua rakan2 konvoi tersebut selepas ramai rakan2 termasuk aku tidak dapat hadir ke Majlis Eyeball malam itu di Base 9W2MMU.. turut bersama dalam konvoi terdiri drpd rakan2 dari Utara, NESRAC dan Juga Rakan2 dari selatan.... Mewakili rakan2 di Melaka, V32, MERACC & ASTRA Melaka mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Y.Bhg Dato' Bahari Bin Taib dan juga semua rakan2 konvoi utk Lawatan Muhibbah dan sampai ke Negeri Bersejarah ini...Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk kiter bertemu lagi...InsyaAllah...73..
Rakan2 yang stanby nk memukat.. :)
Bergambar kenangan sebelum konvoi bergerak pulang...

Thursday, September 8, 2011

KENAPA AKU LETIH BEKERJA.....

Berjam2 aku mengadap komputer harini..mata naik layu...Tiba2 jer arinie rs nk check email aku yg dh jarang aku nk tgk...email opis jer lah yg rajin aku bukak...biler dh log in, tuuuu diaaa......!! 39,257 post dlm inbox email aku blm baca...adeiii...3 hari 3 mlm pn blm tentu abis...Ahakkss..giler..!! byk notis dari fb akaun..maner yg sempat delete aku delete jer...maner yg x sempat tue...nnti2 ler...tp ader satu post member aku kat forum yg menarik perhatian aku...kena plak dgn keadaan aku yg cam penat nie...Tajuk dier KENAPA AKU LETIH BEKERJA...jom, aku nk share post kat bwh nie dgn korang semua, mungkin korang pn dpt jwpn kenapa korang sll letih kerja...enjoy..!!

KENAPA AKU LETIH BEKERJA.....

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :
Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.

1.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, Universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll.
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...

Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main
internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat
kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia
nie...

Mana aku tak letih!!

Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2 Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak

Monday, September 5, 2011

Kembali Bekerja Selepas Bercuti .....

Assalamualaikum...hari nie adalah hari pertama aku mula bekerja selepas cuti hari raya... Argghhhh...cam bosan jer...adeii... kat fb pn ramai yg dh update status...cam merungut jer dh mula kena kerja...Almaklum ler cuti panjang...xpuas nk beraya lg...rs cam nk smbung jer cuti nie.... :) tp nk wat camner...aku ler sorang2 jer yg ader kat opis nie..kalau member2 yg kerja kat tmpt dlm satu organisasi yg besar seronok la ckit agaknyer...jumpa kengkwn blk...kurang2 pn mst ader yg bwk kueh2 raya kat pejabat kongsi2 dgn member lain...smbil blh gosip2 hari raya (orng pompuan jer kot).. ahakkss..ampooonnn...aku kat cni nk wat aper..?? blk2 aku dgn bos aku jer... dier pndng aku, aku pndng dier...wakakkaka...tue pn bos aku jarang ader kat opis...kalau aku bwk kueh raya pn aku gak yg mkn blk...adeii...dh terbayang dh kerja2 nie....wat surat, filing, check email, stnby dokumen nk hantar, nk jwb telefon lg dan semua yg sewaktu dgn nyer... tp nk atau xnk, rajin atau malas itu bkn isu ...kerja tetap kerja... So, kena kuat semangat...sihat tubuh badan...rehat yg cukup...buang tepi segala masalah yg ader, xpyh nk kusut2 fikir... Dtg opis hadap jelah aper yg dh sedia ader....ekekeke...harap2 mood kerja tue perlahan2 dtg blk mcm biasa...-nukilan aku yg kerja sorang2 kat opis nie tnpa rakan sekerja...wakakkakakka-