Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011...

Sebelum balik kampung cuti ini, aku nk ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri yg dh xberapa hari nk tiba ni buat semua Umat Islam di seluruh dunia, ahli keluarga, dan juga rakan-rakan... Mohon Ampoon dari hujung rambut sampai Hujung dunia kalau ader tersilap kata, terkasar bahasa... Semoga Bulan Syawal yang bakal menjelma ini akan di Rahmati oleh Nya... Hati2 buat semua yg memandu & jaga keselamatan di musim perayaan... Selamat Hari Raya Aidilfitri...!!!

Anak Angsa Anak Buaye,
Tak Puase tak leh Rayer,
Anak Ruse Anak Ungker,
Tak Puase Masuk Neraka,
Air Tauhu, Air Kelape,
TAU TAKPER........
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....
MAAF ZAHIR DAN BATIN.....



Saturday, August 13, 2011

Aper yg Aku rasa sekarang...???

Kenapa mesti ader perasaan SUNYI, KESEORANGAN..??? Benda yg kadang2 aku xsuka nk rs...setiap kali benda camni aku rs, mcm2 benda yg bermain dlm kotak fikiran aku...dh semestinyer benda yg xbest la yg aku akan fikir...iyer la, dh rs keseorangan...dan lebih teruk lg kalau biler ditimpa musibah dan ujian...ditmbh plak dgn perasaan yg td... Arrgghhh...!!! Memang x dinafikan betapa keadaan itu cukup payah untuk dilalui...sakitnyerrr...

Kadang-kadang aku rasa jiwa terlalu sunyi dan membosankan...Kadang-kadang aku rasa sesuatu bebanan yang dipikul cukup berat dan seolah-olah tidak mampu memikulnya...

Tapi…
Benarkah aku sendiri keseorangan..? Benarkah tiada yang dekat dengan aku terutamanya pada saat-saat itu..? Ermmmm....

Hanya Tuhan yang satu tmpt aku mengadu....

Wahai Tuhan Ku! Janganlah Engkau bebankan kepada ku bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada diriku. Wahai Tuhan ku! Janganlah Engkau pikulkan kepada aku apa yang aku tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan aku, serta ampunkanlah dosa aku dan berilah rahmat kepada diri ini.

Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dalam apa jua situasi melibatkan diri dan orang lain.

Amin...

Wednesday, August 3, 2011

Cahaya Hati ~ Muhammad Rayyan

“Aku perlindungkan engkau (wahai bayi) dengan kalimat Allah yang sempurna dari setiap godaan syaitan dan racun dan setiap pandangan yang penuh kebencian”

“Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yangdiberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih."

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa...

Alhamdulillah , Hari nie dh masuk hari ke 3 berpuasa... Syukur dengan rezeki dan nikmat yang Tuhan berikan pada aku kali nie...Moga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kekuatan menghadapi bulan yang mulia dan hari2 yang mendatang...InsyaAllah... Buat seluruh Umat Islam Didunia, aku nk amik kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA...Semoga segala amalan kiter pada bulan Ramadhan ini diberkati olehNya...

Tuesday, August 2, 2011

9W2WWW ~ Abg azam dari Kuantan, Pahang...


Terima kasih dpt QSO bersama Abg Zam...kebetulan waktu perjalanan pulang dari Terengganu pada 17hb Julai.. Moga dapat bertemu di daratan pula...73...